Pages

Produk Shaklee


Wednesday 25 June 2014

Biasiswa MyBrainsc.

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog ni. Kali ni nak cerita pasal biasiswa mybrainsc under kementerian pendidikan malaysia. First sekali nak korg taw la kan biasiswa ni khas untuk yang bercadang nak melanjutkan pelajaran dalam pure science (fizik, kimia, math, biology). Aku pun tahu pasal biasiswa daripada kawan mase kat matrik dulu. Syukur Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk memohon biasiswa sebab aku dah terlepas nak mohon biasiswa JPA. Actually aku belajar dalam kos SAINS DENGAN PENDIDIKAN MAJOR MATEMATIK. Kesian sangat sbb budak2 pendidikan sekarang ssh sangat nak mohon biasiswa, tak macam dulu. Dulu ada biasiswa khas untuk pendidikan. Aku berpeluang nak mohon biasiswa ni sbb aku ada tittle sains kat depan kos aku tuu. So bila grad nanti tak semestinya aku jadi cikgu, boleh je aku nak jadi mathematician. Okay tu serba sedikit pasal pendidikan aku laa.





Alhamdulillah, lepas dah isi borang bagai, aku lulus tapisan pertama dan dipanggil menduduki ujian saringan UKM2. Walaupun banyak dugaan masa nak mengisi borang tuu, lepas jugak. Dugaan mungkin tak berapa nak besar la, aku juz kena balik upm semata mata nak ambil sijil matrik, then terus balik perak. Dan dan esoknya tarikh tutup. Thankyouuu kepada my parents sbb bagi semangat untuk aku teruskan perjalanan mengisi borang mybrainsc tuu. Aku ambil ujian saringan UKM2 tu kat pusat asasi pintar UKM. Thankyouu pada sorg coursemate aku yang sudi menemani aku pegi ambil ujian tu dan sudi tunggu aku habis jawab ujian tuu. Ujian tuu ambil mase kejap jee. Sorry sbb tak ingat berapa lama tapi beratus ratus soalan dia. Yang pastinya soalan yang menguji minda laaa. Mereka nak tgk kecenderungan kita terhadap sains. Ada la sikit2 tanya pasal pengetahuan am, tapi bkn isu semasa k. Then habis ujian tuu, tunggu la pulak emel berjaya or tak.




Bersyukur lagi sbb aku berjaya dalam ujian saringan UKM2 dan dipanggil untuk interview. Kalau ikutkan aku interview kat PUO Perak tapi disebabkan panel interview tak dapat nak dtg, so terpaksa la tukar tempat interview kat putrajaya. Walaupun aku dah balik perak untuk interview, then interview cancel, so balik tu jadi la masa meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Aku punya interview kat putrajaya tu 4 JUN 2014. Nasib baik sangat masa tu stdy week, so takde masalah aku nak ke sana. Aku sampai kat tempat interview tepat 9.30 pagi. Hakikatnya boleh je sampai lagi awal, tapi biasa la jalan kat putrajaya tu mmg mengelirukan. Banyak sangat persint kan. Memang ramai masa tuu yang tengah tunggu nak di interview. Toleh kanan kiri, ramai jugak la bdk upm, mostly yg aku selalu nampak. Lepas daftar bagai, aku pun tunggu la sama mcm org lain sambil bersembang sembang dengan org kiri kanan. Penat jugak tunggu. Sekali masuk, dua org skali. Lebih kurang setengah jam la masa interview tuu. Tapi yg menunggu ni rasa lama yang teramat sangat. Lepas yang di interview tu keluar, aku pun tny2 la ape yg panel tanya. Banyak la, dorg tny objektif biasiswa ni, tny soalan berkenaan kos, isu semasa, nobel award n mcm2 lg. Tepat pukul 12.30 waktu rehat, mase tu rase mcm bengang pun ade, rase nak balik pun ade, sbb lama gila tggu then tiba2 kena sambung kul 2 pulak. Takpelah, aku fikir mungkin ada hikmahnya. 

Lebih kurang pukul 3 aku datang balik, hehe lewat la kan. Nasib baik mase tu nama aku tak dipanggil lagi. So aku pun terus menunggu dengan penuh sabar macam pagi tadi. Rasa segar la sikit sbb mase rehat tu aku dah bantai tido kan. Untuk sesi petang pulak, sekali masuk 3 org untuk interview. Rasenye dorg nak cepat habis kot. Lepas sejam tunggu, tiba la giliran aku. Fuhhh, ketaq lutut baqhangg. Tapi takpe, aku try buat cool. Sebab sebelum ni penah interview kan, so ada la kekuatan sikit. Time aku interview, soalan dia simple, first dia tny ape rancangan aku dlm bidang maths pada masa akan dtg, then master nanti nak sambung ape, ape kelemahan dan kelebihan. Tu je la yg aku ingat. Aku masuk ngn sorg lepasan matrik dan sorg lagi lepasan asasi pintar. Kiranya aku sorg je la dlm bilik tu yg tengah ambil degree. So, soalan banyak ditujukan kat dorg. Alhamdulillah interview berjalan lancar. Sekarang tengah menunggu keputusan interview. Semoga dimurahkan rezeki untuk aku dapat biasiswa ni, Amin.

Sekian..











1 comments:

  1. Alhamdulillah, jadi bagaimana kak dengan perkembangan mybrainsc nya?

    ReplyDelete

Myfamilymembers :)




 

sihat bersama shaklee :) Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template